TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAYA .. SAYA GEMBIRA JIKA ANDA KLIK IKON IKLAN SAYA

Tuesday 6 December 2016

PULAU PULAU TUNKU ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum semua.

Terasa hendak berendam dalam air hari ni. Mungkin ini disebabkan oleh cuaca yang sangat panas. Dijadikan cerita, Hari ini saya nak buat entry tentang pulau-pulau yang indah di sekitar Kota Kinabalu, iaitu Pulau Tunku Abdul Rahman. Terdiri daripada 5 buah pulau, yang terletak diantara 3-8 km dari luar Kota Kinabalu. Terbentang kira kira 4929 hektar, serta dua dua per tiganya terdiri daripada kawasan laut. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau pulau tersebut adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Pengunjung boleh mengunjungi pulau-pulau ini dengan melalui Terminal Feri Jesselton Point di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengunjung boleh menikmati keindahan pantai dan juga terumbu karang yang masih lagi terpelihara. Bagi si pengembara, anda boleh merasai pengalaman merentasi hutan, melalui denai-denai kecil di Pulau Sapi dan juga Pulau Gaya. Pulau-pulau ini juga merupakan tempat perlindungan Pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Yang uniknya disini, terdapat sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun. Burung ini kelihatan ganjil disebabkan oleh bentuk fizikalnya yang seperti ayam, mempunyai kaki yang besar dan berbunyi seperti seekor kucing... hahaha rasa lucu kan oppss..



BAGAIMANA UNTUK SAMPAI KE PULAU PULAU TUNGKU ABDUL RAHMAN

Bagi pengunjung yang pertama kalinya ingin mengunjungi Pulau Pulau Tungku Abdul Rahman, anda boleh memilih Jeti Jesselton Point untuk sampai ke Pulau Pulau yang anda inginkan. Terdapat banyak pilihan kaunter untuk dipilih.


Kaunter Tiket


KADAR SEWA BOT 

Pengunjung boleh memilih beberapa Syarikat yang menyediakan perhidmatan Bot Sewa
berikut merupakan beberapa link yang berguna untuk pengunjung pilih




Sabah Tourism





No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAYA .. SAYA GEMBIRA JIKA ANDA KLIK IKON IKLAN SAYA